Monday 19 May 2014

cemas : secret admire

hari ni betul2 sebuah kebetulan yang benar-benar dirancang tuhan.
mungkin untuk menduga sejauh mana ingatan aku pada tuhan tatkala hati disentuh cinta pada ciptaannya, manusia.

dah lama aku perhatikan dia.
dah lama aku diamkan hati ni...hati yang meronta-ronta mahu perhatian dia
mahu dia jadi milik aku.
aku rasa dah dekat 4 tahun aku kenal dia.
dekat 4 tahun jugak la aku pendamkan perasaan aku yang terasa anehnya ketika berdepan dengan dia.
mula-mula dulu aku anggap itu hanya crush.
but then, crush would only last for 4 month.
and lepas 4 tahun, aku masih rasa perasaan yang sama, rasa tak selesa yang dinanti-nanti.
faham tak?
rasa macam suka tapi tak nak kecewa. tak nak simpan perasaan.
suka tanpa harapan.
sebab aku sedar, dia adalah milik semua orang yang mengagumi keindahan dan kehebatan dirinya.
dan kewujudan aku mungkin sesuatu yang bukan objek dalam hidupnya.

pagi tadi,
entah kenapa tiba-tiba aku mendongak pandangan ke atas,
dan di atas sana, mata dia dan mata aku bertemu pandangan.
cepat-cepat aku tunduk sebab aku tahu panahan tu buat aku tak selesa. rasa cemas.

tengah hari lepas balik class, on the way nak pergi beli lunch,
tiba-tiba bertembung lagi dengan dia, dari arah bertentangan
dia tengah sedut ice blended dekat depan kedai photostate bawah rumah aku
sambil mata dia pandang ke depan,
mata kami bertemu pandangan lagi.
aku cepat-cepat alihkan pandangan
dan ubah haluan supaya kami tak perlu berselisih.
sumpah, sangat awkward bila kau follow up someone through social media
and kenal dia macam-macam
and in real life, tak bertegur sapa. stranger.

and malam ni...sekali lagi bertemu. heh.
selalunya aku tak follow housemate keluar dinner sebab nak jimat
tapi malam ni terasa nak makan something awesome
then sama tengah tunggu order dalam satu cafe ni
ada 2 orang lelaki masuk dari pintu depan cafe,
aku toleh, nah di situ dia, menuju ke meja aku.
berjalan melepasi meja aku, duduk di satu sudut, view menghadap aku.
ok...itu satu penyeksaan sebenarnya.
sebab niat aku nak makan puas2 dengan kawan2 sambil ketawa terbahak-bahak sambil mulut penuh dengan makanan..(hehe..tak buat pun macam tu)
but then, ttbe aku automatically jadi pasif sebab aku tahu
walaupun dia tak ada perasaan pun nak usha aku macam aku selalu usha dia
but then still, segala gerak geri aku sure comfirm dia nampak sebab aku memang duduk depan view dia.
so terpaksa la aku makan ala-ala malam etiquette dinner.

3 kali jumpa dengan crush dalam satu hari.
dalam keadaan yang awkward
and aku akan sangat malu kalau dia tahu apa yg aku rasa.
cemas.
buka suka. tapi cemas. tak selesa.

dear crush
semakin pandangan aku menunduk, hatiku semakin mendongak padamu.
ecewah.

bila aku istighfar dalam-dalam, ingat Allah tiap kali nampak dia
aku tersedar satu perkara
bila kita mengagumi sesuatu perkara atau seseorang
kagum yang tak dipandu dengan iman,
sedikit sebanyak itu akan memberi kesan pada diri sendiri
and budaya stalker ni pada aku adalah sesuatu yang tak perlu mungkin.
well, depends on what is the purpose you do stalk that people.

aku rasa perasaan tak selesa setiap kali pertemuan tanpa suara ni
ya, ini mungkin adalah sebuah kesan daripada kegiatan stalking aku yang sangat konsisten terhadap dia
bayangkanlah kesan tabiat stalking orang yang sama since 4 years ago.
aku rasa, kalau aku stop stalk dia
and ubah mind set aku yang aku TAK admire dia
aku rasa itu akan mengubah perasaan cemas tu kepada perasaan biasa-biasa.
so solution nya, aku kena berhenti stalk dia.
mungkin aku tak perlu mengelak bila jumpa dia
mungkin aku sendiri yang kena kawal perasaan aku yang aku tak kawal awal-awal.

jauh dalam hati, aku rasa dah lama hati aku tersasar.
membabi buta suka dekat sesiapa yang aku rasa hebat.
sedangkan bila mengingati Allah, tak pernah lagi rasa cemas berdebar-debar macam ni.
sedangkan Allah yang selayaknya aku letak dalam tempat yang paling special dalam hati ni.
cinta Allah tak mengecewakan, takkan pernah bertepuk sebelah tangan.

diam dalam hati,
aku berusaha untuk jadi seseorang yang baik
supaya aku tak rasa rendah diri bila berhadapan dengan org hebat macam dia.
sedangkan aku kena betulkan niat
nak jadi seseorang yang baik, sebagai seorang hamba Allah, bukan sebagai hamba cinta manusia.

sunyi dalam hati ni,
aku berdoa, moga-moga Allah lenyapkan perasaan ni
andaiya ianya hanya sia-sia dan tipu daya syaitan.

Allah, lindungilah aku daripada memudaratkan diriku sendiri
secara aku sedar atau tidak.

Tuesday 13 May 2014

bicara malam sepi

semalam adalah sebuah malam yang sepi

aku online, buka fb, kebanyakan kawan-kawan tengah seronok jalan-jalan
makan-makan
berjimba..karaoke dengan kawan yang lainnya
ada yang mungkin sedang ada makan malam bersama keluarga
atau kekasih?

aku terasa semacam buntu
sebab aku terasa begitu sepi
tak ada satu panggilan atau mesej pun
untuk aku..ajak aku keluar bergembira macam mereka.

aku cuba contact beberapa kawan yang aku rasa rapat dengan aku
seorang ni beri alasan ada plan dengan boyfriend
seorang lagi dah berada di luar kawasan
buntu .
tak ada seorang manusiakah yang nak spend malam cuti umum dengan aku?

sepi aku sepi
cemburu membuak-buak bila tengok kawan lain post gambar-gambar makanan,
gambar bergelak tawa dengan kawan lain
post-post yang berunsur frienship
" life would be sucks without you "

sedikit perasaan dikhianati terasa
bila bestfriend yang kau anggap bestfriend
bukan lagi bestfriend kau
sebab dia lebih memerlukan dan diperlukan oleh boyfriend nya
secara tak langsung hati aku declare,
tak ada siapa yang layak jadi bestfriend bila masing-masing dan ada boyfriend
priority tu akan sentiasa pada boyfriend
dan kau, sebagai kawan
harus diterima hakikat yang kau tak selalu diperlukan lagi
walaupun pada sesetengah masanya,
kau amat memerlukan kawan kau masa tu.

walaupun aku rasa sebal, marah dan kesal
kesal dengan kewujudan aku yang tak diperlukan
satu perkara yang aku sedar,
kalau kau sentiasa ingat pada tuhan,
ya, Allah itu tak pernah meninggalkan kau macam kawan-kawan yang meninggalkan kau

Allah itu akan sentiasa bersama orang2 yang mengingatinya
bahkan sentiasa pula mengingatkan hamba2nya supaya ingat padaNYA.

Allah...tiba-tiba aku rasa bersalah pada Allah
kerana aku terlalu mengharapkan perhatian manusia,
sedangkan aku tak memberi perhatian sepenuhnya pada Allah,
Tuhan yang tak pernah lupa padaku.

hikmah disebalik kesepian ini,
aku hanya perlukan Allah.
cukuplah Allah bagiku untuk menghilangkan resah dan lelah
yang terbuku, yang takkan difahami manusia lain.

dan sejadah menjadi hamparan untukku bersimpuh,
berbicara dengan tuhan.


Saturday 10 May 2014

perasaan bila terjumpa crush dalam pasaraya

pernah tak crush dengan seseorang like few years ago
hampir lupa dengan perasaan melagha tu
and then tiba-tiba suatu hari, masa sorang-sorang berjalan-jalan dalam pasar raya
terserempak dengan crush dolu-dolu tengah belek-belek barang nak beli perfume?


Sunday 4 May 2014

dan mengapa duka ini terasa abadinya?

ya Allah.
aku lemah. dan dengan kedukaan yang kau berikan ini, aku terasa semakin lemah.

Allah, kenapa kau tak bawa pergi duka ini bersama doa-doa ku dalam setiap sujud yang aku pohon padaMU? aku sakit yang teramat ya Allah. sungguh, mungkin ada yang lebih sakit. tapi sakit yang ini aku rasa makin tak tertanggung.

Allah...andai ini sebagai satu pembalasan untuk dosa-dosaku yang lalu, jadikan aku bersabar dalam menghadapi kedukaan dan kesepian ini. jadikan aku kuat untuk terus berdoa padaMU. jauhkan aku dari putus asa atas rahmatMU.

Ya Allah, sungguh aku menyesal atas dosa-dosa yang telah ku lakukan.
sungguh, aku telah menzalimi diriku. namun Allah, adakah kedukaan ini yang kau jadikan sebagai kifarah untuk hapuskan dosa ini?

adakah kau masih belum memaafkan aku? atau pengampunan mu masih belum layak untuk aku?

Allah...jadikan aku hambaMu yang sentiasa mengingatiMu. yang sentiasa meminta-minta rahmatMu. namun tolong ya Allah, buangkan kedukaan dan sepi ini. isikan hati ini dengan mengingatiMu, bersama hamba-hambaMu yang boleh membimbingku kepadaMu.

awak kata awak sayang

awak...
dah setahun saya lupakan awak. tapi hakikatnya awak masih ada dalam hati saya.

saya sangka selepas setahun kita berpisah, kita dapat lupakan luka yang lama, kesilapan yang lepas, biarkan berlalu, kita mula hubungan yang baru.

tapi semuanya tak semudah itu.

entah kenapa saya terlalu sayangkan awak.
awak hadir dalam hidup saya walaupun pada hakikatnya saya tak wujud lagi dalam dunia awak.

awak...
tahu tak betapa hancur berkecai hati saya saat saya dapat tahu hakikat sebenar
hakikat sebenar yang awak akhirnya melupakan saya dikala saya tak berada di depan mata awak...
dan awak bergembira, bahagia, dengan perempuan lain.

hakikat sebenar...
awak dah pun mencari bahagia yang lain
di saat saya setia menanti awak, setia mencintai awak, setia bersama bayangan awak walau dimana pun saya berada. tapi kenapa awak? kenapa awak tak berterus terang dari awal. andai kecurangan awak datang dari mulut awak sendiri, saya rasa tak la sesakit sekarang. kenapa awak sanggup biarkan dia yang mencari-cari saya, memberi amaran dan peringatan berkali-kali pada saya...yang awak, milik dia.

awak...
salah saya ke kerana terlalu percayakan awak? terlalu bersangka baik pada awak?
kenapa awak khianati perasaan saya yang setia mencintai awak...yang tak pernah membuka hati untuk lelaki lain hanya kerana saya sudah terlalu cintakan awak.

awak...
setelah semua yang saya lakukan pada awak, kenapa awak jadi tamak?
saya cintakan awak. saya dah berikan yang terbaik untuk awak. saya pertaruhkan kehidupan saya sendiri untuk awak. tapi kenapa awak biarkan orang lain yang masuk ke dalam hati awak...lalu membiarkan saya bersendiri di sini menanti awak?

awak...
sampai mati pun saya takkan lupakan setiap perkara yang awak dah lakukan untuk saya.
setiap kesakitan yang saya rasa...ya, memang saya yang bodoh. tapi saya takkan jadi sebodoh ini kerana awak. saya takkan jadi sekeji ini kerana awak. saya sangka sayalah segalanya untuk awak, tapi tidak, saya hanya  sampah yang tak berguna lagi.

sakit. sakit sangat bila rasa diri terbuang.
sepi. sepi bila awak dah tak ada lagi. tapi apa saya boleh buat? andai awak bukan lagi milik saya.